Mesyuarat FOMC: Kadar Faedah Kekal, Tapi Fed Masih Hawkish!

360

Buat pertama kali sejak Mac 2022, Federal Reserve (Fed) mengumumkan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada julat 5%-5.25%.

Keputusan itu menepati jangkaan pasaran secara meluas, tetapi kenyataan susulan daripada Fed dilihat lebih hawkish daripada dijangkakan.

Teliti butiran yang diambil daripada kenyataan Fed selepas keputusan tersebut.

  • Dalam kenyataan dasar, Fed jelaskan bahawa kekalkan kadar semasa pada mesyuarat ini akan memberi masa untuk menilai maklumat tambahan dan implikasi untuk dasar monetari.
  • Fed mengulangi bahawa inflasi kekal tinggi dan komited untuk kembalikan inflasi kepada sasaran 2%.
  • Dalam sidang akhbar, Pengerusi Jerome Powell berkata hampir semua pembuat dasar melihat beberapa kenaikan kadar selanjutnya tahun ini adalah sesuai.
  • Ia akan mengambil masa untuk kesan penuh kadar faedah terutamanya terhadap inflasi.
  • Turunkan inflasi mungkin menyebabkan pertumbuhan di bawah trend, pengukuhan pasaran buruh mereda.
  • Powell mahu melihat indikator utama inflasi, perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) teras turun lebih ketara.
  • Tiada perbincangan untuk pendekatan dasar pada mesyuarat Julai. 
  • Fed akan melihat semua data, prospek yang berkembang dan akan membuat keputusan pada bulan depan.
  • Adalah wajar untuk kurangkan kadar apabila inflasi menurun, tapi tiada seorang pun yang jangkakan ia akan turun tahun ini.
  • Dot plot’, yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, menunjukkan kadar akan meningkat dua kali lagi tahun ini dengan memuncak pada 5.6%.

Dapatan daripada mesyuarat tersebut dapat dilihat bahawa walaupun Fed menghentikan kenaikan kadar faedahnya, tetapi penggubal dasar masih mahu kekalkan pengetatan. 

Pelabur kini melihat kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada Julai, dan satu lagi sebelum akhir tahun ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat