Mesyuarat FOMC: Kitaran Pengetatan Fed Akan Berakhir?

718

Federal Reserve (Fed) akhirnya memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.00% pada mesyuarat polisi Mac 2023.

Kenyataan susulan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell juga bernada dovish, yang menunjukkan kitaran pengetatan mungkin menghampiri penghujungnya.

Teliti catatan penting yang diambil daripada mesyuarat tersebut:

  • Fed naikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.00%.
  • Inflasi yang tinggi kekal menjadi keutamaan bank pusat.
  • Fed tidak lagi melihat bahawa kenaikan kadar berterusan sesuai untuk meredakan inflasi.
  • Sebaliknya, bank pusat kini menjangkakan beberapa pengukuhan dasar tambahan mungkin sesuai.
  • Pun begitu, tiada jangkaan untuk pemotongan kadar faedah tahun ini.
  • Jika Fed perlu menaikkan kadar lebih tinggi, ia akan melaksanakannya.
  • Permintaan buruh masih ketat tetapi Fed menjangkakan ia akan seimbang dari semasa ke semasa.
  • Sistem perbankan AS dilihat kekal berdaya tahan.
  • Namun, krisis bank baru-baru ini telah mencetuskan aliran kredit lebih ketat buat isi rumah dan perniagaan serta menyuramkan prospek untuk pertumbuhan.
  • Dot plot’, yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, memperlihatkan jangkaan satu lagi kenaikan pada tahun ini.
  • Terminal rate kini dijangka akan berada sekitar 5-5.25%.

Susulan daripada mesyuarat tersebut, dapat dilihat bahawa Federal Reserve terpaksa mengetepikan langkah pengetatan berterusannya disebabkan krisis perbankan baru-baru ini.

Bagaimanapun, bank pusat itu masih meneguhkan pendirian kepada usaha memerangi inflasi yang masih berada jauh daripada sasaran 2%.

Pelabur kini menjangkakan satu lagi kenaikan kadar mungkin akan dilaksanakan dan pengetatan bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat