Pengukuhan US dolar dilihat masih lagi diteruskan pada dagangan Selasa semalam namun sehingga ke sesi Eropah sahaja, di sesi berikutnya kembali menunjukkan penyusutan.
Pergerakan tidak menentu harga akan dijangkakan untuk hari ini (Rabu) ketika debaran semakin hangat menjelang keputusan mesyuarat FOMC yang semakin tiba, di awal pagi Khamis nanti.
Isyarat berkenaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan menjadi petunjuk kritikal memacu arah pergerakan pasaran.
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, dapat diperhatikan corak bearish masih lagi dipaparkan dengan harga turun ke paras lebih rendah.
Harga susut ke paras terendah 3 minggu mencecah sekitar 1.08350 sebelum melantun semula 30 pips.
Pergerakan harga mendatar sekitar 1.08600 pada sesi Asia pagi ini dan masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang masih menunjukkan isyarat bearish buat harga.
Jika corak penurunan itu diteruskan lagi hari ini, paras 1.08350 yang dicecah semalam berkemungkinan akan diatasi sebelum harga susut lebih rendah.
Seterusnya, harga bakal menguji zon tumpuan pada 1.08000 sekiranya harga kekal melanjutkan penurunannya.
Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku melepasi halangan MA50 semula, zon 1.09000 kembali menjadi tumpuan untuk diuji sebagai zon rintangan terhampir.
Kenaikan lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend akan menjangkakan kenaikan untuk menuju sehingga paras tumpuan berikutnya pada ketinggian 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG