Mesyuarat Pentadbiran AS-China Bertukar Jadi ‘Panas’!

692

Mesyuarat peringkat tertinggi AS-China pada peringkat pertama di bawah pemerintahan Biden bertukar jadi panas pada hari ini. Hal ini berlaku apabila kedua-dua belah pihak saling mengkritik mengenai dasar pihak lain di hadapan umum. Secara tidak langsung ia menyebabkan ketegangan dua hala berlaku.

Berdasarkan lawatan pegawai Amerika Syarikat di negara lain telah menunjukkan bahawa A.S mengambil sikap yang tegas terhadap Beijing. Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyatakan kepada pihak China secara langsung bahawa pihak Amerika sangat mengambil berat terhadap isu yang berlaku termasuk serangan siber.

‘China telah melakukan tindakan yang mengancam ketertiban berdasarkan peraturan yang digubal bagi menjaga kestabilan global.’ Lanjut Antony.

Pentadbiran Biden telah menjelaskan bahawa mereka sangat berharap China dapat mengubah sikap mereka, dengan itu kedua-dua belah pihak dapat mengatur semula hubungan politik dan perdagangan. Seperti diketahui umum, hubungan China dan A.S mejadi semakin tegang di bawah pemerintah bekas presiden, Donald Trump.

Diplomat tertinggi China, Yang Jiechi memberi maklum balas dengan mengecam A.S bahawa negara A.S telah memperlakukan negara minoriti dengan buruk. Beliau juga mengkritik dasar luar dan perdagangan A.S.

“Amerika Syarikat menggunakan kekuatan ketenteraan dan hegemoni kewangannya untuk menekan negara lain.’ kata Yang

Pasaran mendapati bahawa masih jauh lagi perrjalan dan lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi melihat hubungan AS-China kembali pulih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat