Mesyuarat Secara Rahsia? Coinbase Nak Senaraikan Semula XRP!

525

“Mana tahu mungkin Coinbase mula nampak potensi XRP.”

Walaupun hubungannya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) masih tegang, bursa mata wang kripto Coinbase berhasrat menyenaraikan XRP selepas berjumpa Ketua Pegawai Undang-undang (CLO) Ripple.

Susulan CLO Coinbase Paul Grewal berkata bakal menyenaraikan semula XRP semasa temu bualnya, hos tersebut bertanya adakah bursanya akan terkesan jika Mahkamah Daerah memutuskan bahawa jualan XRP bukanlah sekuriti.

Namun, Grewal tanpa ragu-ragu menegaskan bahawa pasukan Coinbase akan menilai penyenaraian token yang dilakukan mereka secara berskala.

Oleh demikian, bursa kripto tersebut dapat membuat keputusan sama ada ingin mengalih keluar aset digital itu ataupun tidak tanpa mencetuskan sebarang masalah kepada platformnya ataupun para pelabur.

Ulas Grewal lagi, banyak pemain industri utama pada masa ini sedang menunggu keputusan untuk tuntutan mahkamah XRP yang masih belum menemui penyelesaian, namun Coinbase tetap rancang menyenaraikan aset digital tersebut.

Pada hari Rabu lepas, CLO Coinbase dan XRP dilaporkan mengadakan mesyuarat semasa kedua-dua pihak tersebut mendesak SEC untuk memberi penjelasan lebih terperinci mengenai peraturan aset digital.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP melonjak sebanyak 0.38% pada paras $0.46 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $24 bilion tetapi tetap merekodkan penurunan 0.41% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat