Meta Buat Kejutan, Prestasi Facebook Atasi Jangkaan!

249

‘Saham dah naik tapi ada yang kena downgrade sikit bagi memastikan syarikat terus berkembang.’

Masih segar di ingatan mengenai prestasi buruk Facebook milik Meta Platform Inc pada bulan Februari lalu, namun pada hari ini saham gergasi media sosial tersebut kembali bersinar.

Semasa sesi dagangan Wall Street semalam, saham Meta lonjak 19% dengan aplikasi Facebook menyaksikan bilangan pengguna aktif hariannya kembali meningkat.

Memetik sumber IBES Refinitiv, keuntungan Meta melepasi jangkaan Wall Street pada US$2.72 sesaham berbanding $2.56 yang ditetapkan.

Selain itu, jumlah pengguna aktif harian Facebook mencatat 1.96 bilion berbanding jangkaan 1.95 bilion sementara pengguna aktif bulanan dilaporkan mencapai 2.94 bilion, tersasar sebanyak 30 juta daripada anggaran Wall Street.

Menurut penganalisis Insider Intelligence, Debra Williamson, ia merupakan satu prestasi memberangsangkan, namun, pertumbuhan pengguna aktif bulanan dilihat perlahan jika dibandingkan dengan suku sebelumnya.

Sementara itu, jumlah hasil Meta yang sebahagian besar datang dari penjualan iklan, meningkat 7% kepada $27.91 bilion pada suku pertama, namun ia gagal meelepasi anggaran $28.20 yang ditetapkan penganalisis.

Bagi pendapatan bersih syarikat pula, ia turun 21% pada $7.47 bilion pada suku pertama namun berjaya melewati jangkaan $7.17 bilion.

Dalam pada itu, Meta meramalkan pendapatan bagi suku ke-2 sebanyak $28 bilion ke $30 bilion sementara penganalisis menetapkan anggaran $30.63 bilion.

Meta difahamkan telah menurunkan jumlah perbelanjaan 2022 kepada $87 bilion dan $92 bilion berbanding sebelum ini antara $90 bilion dan $95 bilion.

Ternyata pelbagai cabaran yang bakal dihadapi oleh Meta pada suku ke-2 ini memandangkan Rusia telah melarang penggunaan Facebook dan Instagram, selain isu dengan perubahan polisi privasi Apple dan peningkatan persaingan oleh TikTok milik ByteDance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat