Saham Meta (Facebook) melonjak tinggi selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku keempat yang lebih baik daripada jangkaan pada suku keempat 2022.
Berikut merupakan butiran mengenai laporan yang dikeluarkan:
- Hasil: Catat kejatuhan tahunan 4%, tetapi naik $32.17 bilion berbanding jangkaan $31.53 bilion.
- Pendapatan bersih: Jatuh 55% kepada $4.65 bilion.
- Pendapatan sesaham: $1.76 sesaham.
- Hasil keseluruhan 2022: Catat kejatuhan tahunan 1%, dengan naik $116.61 bilion.
- Pendapatan bersih 2022: Rekod penurunan tahunan 41% kepada $23.2 bilion.
Meta berkata ia menjangkakan pendapatan pada suku pertama antara $26 bilion dan $28.5 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg menyambut baik keputusan ini dan menyatakan kegembiraan beliau terhadap penglibatan kukuh yang berterusan dalam aplikasinya.
Syarikat itu dilaporkan telah menambah pekerjaan sehingga 20% kepada 86,482 orang setakat 31 Disember 2022.
Jumlah itu termasuk sebahagian besar daripada lebih 11,000 pekerja yang dikatakan akan diberhentikan pada November lalu.
Selain itu, Meta turut mengumumkan peningkatan $40 bilion dalam pembelian balik saham dalam pengumuman laporan terbarunya.
Saham Meta meroket sekitar 20% dalam dagangan lanjutan, selain turut mendapat sokongan daripada keputusan dasar Federal Reserve (Fed).