Meta Umum Bakal Tamatkan Projek NFT!

151

“Daripada buang masa, baik fokuskan benda lain dulu kalau rasa NFT masih tak ada harapan.”

Setelah mengusahakan selama lebih 18 bulan, syarikat Facebook atau sekarang lebih dikenali sebagai Meta telah mengumumkan penutupan projek non-fungible token (NFT).

Menurut Stephane Kasriel, peneraju Commerce dan FinTech di Meta berkata bahawa syarikat sedang mengutamakan perkara yang perlu diberi sepenuh perhatian pada masa ini dan NFT bukan sebahagian daripada rancangannya.

Tambahnya lagi, Meta berhasrat hentikan koleksi NFT buat masa ini susulan ingin memberi tumpuan pada kaedah lain yang berupaya menyokong pencipta mahupun perniagaan melalu aplikasinya atau metaverse.

Namun, Meta akan terus menyokong pencipta NFT yang masih menggunakan Instagram dan Facebook untuk mengembangkan koleksi digital mereka.

Hal ini kerana Meta pada September tahun lepas melancarkan ciri yang membenarkan pencipta di Facebook dan Instagram berkongsi NFT masing-masing, di mana ia telah menyediakan pembaharuan tersebut di lebih 100 negara.

Berbalik pada penerangan, Meta kini mengalihkan tumpuannya daripada NFT kepada produk FinTech lain seperti MetaPay yang membolehkan pencipta memperoleh wang secara langsung pada platformnya, misalnya pemberian tip yang digelar hadiah.

Meta juga bukan sahaja melabur dalam alat fintech yang akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak pada masa hadapan, malah membangunkan lagi MetaPay supaya pembayaran lebih mudah dan pantas.

Sepanjang tahun lepas, Meta mengalami fasa agak sukar apabila bergelut untuk kurangkan kos dan hentikan hampir 13% tenaga kerjanya selepas Reality Labs kehilangan $13.7 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat