MetaMask Sahkan Kehadiran DAO & Token, Kini Cecah 30 Juta Pengguna Bulanan

314

ConsenSys yang merupakan tunjang wallet MetaMask mendedahkan seramai 30 juta pengguna aktif bulanan, meningkat 42% dalam tempoh empat bulan sejak November 2021.

Difahamkan pengguna aktif MetaMask majoritinya daripada Amerika Syarikat (AS), Filipina, Brazil, Jerman, dan Nigeria.

Menyedari pertumbuhan pengguna yang luar biasa, MetaMask secara tidak langsung telah menjadi kunci penting dalam pengaksesan aplikasi Web 3.0.

Manakan tidak, melalui MetaMask pengguna mampu buat apa sahaja termasuk menghasilkan dan mengumpul non-fungible token (NFT), sertai organisasi autonomi desentralisasi (DAO), dan terlibat dengan ruang kewangan desentralisasi (DeFi).

DAO & Token MetaMask

Buat masa sekarang, wallet MetaMask masih lagi ke arah desentralisasi sambil menfokuskan kepada keselamatan dan penambahbaikan antara muka yang sering menjadi kritikan pengguna.

Malah, ConsenSys juga tidak teragak-agak mendedahkan mereka dalam usaha mewujudkan DAO dan token MetaMask.

Kehadiran DAO yang belum dimuktamadkan tarikh pelancarannya memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan MetaMask untuk jangka masa panjang melalui dana komunitinya.

Tetapi kehadiran token MetaMask benar-benar mengujakan penggunanya sejak tahun lepas lagi, beranggapan ada potensi untuk sertai airdrop sama seperti yang dilancarkan oleh UniSwap untuk pengguna terawal.

Ketua operasi MetaMask, Jacob.eth bagaimanapun awal-awal lagi memberitahu tujuan penubuhan token bukanlah untuk ‘cash grab’ atau menarik keuntungan semata-mata.

Disebabkan itu, pelancarannya perlu dilakukan dengan hati-hati selepas banyak aspek dipertimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat