‘Metaverse Akan Bawa Keuntungan Bernilai US$8 Trilion’, Morgan Stanley

3,054

Ready Player One, Metaverse is Coming!

Morgan Stanley menyatakan Metaverse adalah pasaran yang membawa peluang pasaran sehingga US$ 8 tilion yang berkemungkinan menjadi media sosial, penstriman dan platform permainan generasi akan datang.

Perkataan Metaverse pertama kali digunakan pada tahun 1992 dalam sebuah karya sains fiksyen bergenre cyberpunk bertajuk Snow Crash nukilan Neal Stephenson.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, penganalisis Wall Street Brian Nowak menyimpulkan Metaverse dijangka yang terawal dan pertama beroperasi sebagai platform pengiklanan dan e-dagang untuk pembelian atau produk secara luar talian (offline).

Morgan Stanley, syarikat perbankan dan perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat, jelas memilih saham Meta yang dahulunya Facebook kerana ketahanan pertumbuhan perniagaan teras dan aliran tunainya yang kukuh dalam melabur berbilion dolar untuk membina versi rangkaian sosial generasi baharu.

Tambah Forbes lagi, Morgan Stanley turut memilih saham lain yang berkaitan dan bermanfaat dalam pembangunan konsep Metaverse terutamanya yang berfokus kepada augmented reality (AR) seperti Alphabet milik Google dan platform media sosial Snap.

Selain itu, Morgan Stanley turut berminat dengan Unity Software Inc, syarikat pengeluar enjin permainan video terkemuka dunia, yang dijangka berada dalam landasan terbaik untuk membantu penciptaan kandungan dalam Metaverse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat