Metaverse Makin Jadi Realiti, Mark Zuckerberg Dedahkan Projek Baru

1,314

‘Makin lama makin dekat kita dengan metaverse, anda sudah bersedia ke?’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Platfrom Inc (dahulunya Facebook), Mark Zuckerberg mendedahkan rancangan pembinaan dunia metaverse dengan memfokuskan projek kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Menurut kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa program ‘Inside the Lab‘, Meta kini sedang mengusahakan projek AI untuk menjana dunia melalui pertuturan, menambah baik cara perbualan menerusi pembantu suara (voice assistant) dan menterjemah antara bahasa.

Ringkasan maklumat dari program Inside the Lab adalah seperti berikut:

  • Meta sedang mengusahakan model AI generatif baru yang membolehkan orang ramai memanfaatkan ruang di setiap aspek melalui kawalan suara.
  • Ia mendemonstrasikan model yang dipanggil Builder Bot tersebut dengan memaparkan Zuckerberg sebagai avatar 3D yang memberi arahan ucapan untuk mencipta pantai, menambah awan, pokok dan peralatan.
  • Seterusnya, ia memperlihatkan Projek AI, CAIRaoke yang membenarkan orang ramai untuk bertutur dengan lebih semula jadi melalui voice assistant.
  • Dalam mendemostrasikan CAIRaoke, ia memperlihatkan sebuah keluarga sedang memasak sup dan dengan menggunakan voice assistant memberitahu untuk menambah garam ke dalam masakan tersebut.
  • Selain itu, Zuckerberg turut mengumumkan sedang melakukan kajian mengenai penterjemahan ucapan universal yang bertujuan untuk membolehkan perkataan diterjemahkan pada berbilang bahasa termasuk menterjemahkan penulisan.

Melalui usaha tersebut, Mark Zukerberg mengharapkan metaverse bakal mengubah landskap cara dunia bekerja, bersosial dan bermain seterusnya menjadi pengganti kepada internet mudah alih.

Dalam pada itu, naib presiden projek AI Meta, Jerome Pesenti berkata mereka sedang menerokai pengguna AI bagi mengendalikan kandungan dan aktiviti di metaverse.

Tambahnya, Meta sedang merancang polisi bagi aktiviti di metaverse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat