Michael Burry Padam Akaun Twitter Lepas Suruh Pelabur Jual Kripto!

354

“Alamak, ni sebab takut kena kecam dengan netizen ke?”

Selepas nasihatkan pelabur untuk menjual aset digital mereka dalam akaun Twitter miliknya, Michael Burry, pelabur terkenal Amerika Syarikat (AS) dan pengurus dana lindung nilai yang pernah meramalkan krisis kewangan 2008 telah memadam akaun peribadinya.

Meskipun Burry tweet kenyataan tersebut sebelum mesyuarat FOMC, seluruh pasaran mata wang kripto melonjak tinggi apabila Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) umumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Jika diperhatikan, harga Bitcoin (BTC) semalam berjaya melonjak melepasi paras $24,198 setelah sekian lama berlegar antara zon $22,00 hingga $23,000.

Susulan Burry telah memberi nasihat yang bertentangan dengan arah pergerakan harga, beliau memadam kenyataan dan juga akaunnya itu kerana bimbang akan menerima kecaman dahsyat daripada pelabur yang telah menjual aset digital mereka menjelang mesyuarat FOMC.

Kebanyakan pelabur turut membandingkan Burry dan personaliti televisyen AS, Jim Cramer yang telah membuat ramalan tepat baru-baru ini dengan berkata bahawa pasaran kripto akan mendaki.

Umum mengetahui Burry yang yakin dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Elon Musk telah menyebabkan beliau berjanji untuk tidak menyahaktifkan akaun Twitter tetapi sebaliknya pula berlaku baru-baru ini.

Dalam pada itu , Burry pada musim panas 2021 pernah menjangkakan pasaran kripto akan mengalami pendarahan dan sememangnya ramalan tersebut telah berlaku pada tahun 2022 dan akibatkan banyak syarikat kripto bankrap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat