Michael Saylor ‘Tak Senang Duduk’, MicroStrategy Berada Dalam Zon Meresahkan!

1,591

MicroStartegy seperti telah dimaklumi awam bahawa ia merupakan syarikat teknologi yang menjadi pendukung tegar Bitcoin sejak dua tahun lalu. MicroStrategy acap kali menambah pegangan Bitcoin apabila berlakunya penurunan harga dalam BTC. Namun dengan kejatuhan besaran-besaran baru ini, adakah ia telah menjejaskan MicroStrategy?

Bitcoin terkini didagangkan pada sekitar $28,000, pulih sedikit it daripada kerugian awal yang membawa BTC ke bawah $27,000. Kejatuhan ini dilihat terlalu pantas, dimana BTC baru sahaja mencecah paras tertinggi baru-baru ini sekitar $40,000. Paras tertinggi sepanjang masa, pula pada sekitar hampir $69,000, dicapai pada bulan November.

Secara puratanya MicroStrategy telah membeli bitcoin pada harga $30,700 berdasarkan aporan pendapatan suku pertamanya. Pada tarikh yang sama (31 Mac), syarikat itu memiliki kira-kira 129,218 bitcoin, membelanjakan sejumlah $3.967 bilion untuk memperolehnya.

Kejatuhan harga bermula pada bulan Januari telah memberi impak kepada saham MicroStrategy. Apatah lagi dengan kejatuhan besar-besaran pada minggu ini.

Saham MicroStrategy telah jatuh lebih 13% pada hari Khamis kepada harga dagangan $145 selepas menjunam 25.4% pada hari Rabu. Berdasarkan penutupan hari Rabu, saham MicroStrategy turun kira-kira 87% daripada paras tertinggi era bitcoin mereka pada $1,315 pada 9 Februari 2021.

MicroStrategy, yang menjana pendapatan $510.8 juta pada 2021, telah membuat pertaruhan yang semakin berisiko dalam bitcoin. Pada awalnya syarikat tersebut membuat pembelian dengan wang tunai di tangan, membelanjakan kira-kira $250 juta, termasuk caj dan perbelanjaan, pada masa bitcoin didagangkan di bawah $12,000 setiap token.

MicroStrategy kemudian mula memanfaatkan pasaran hutang untuk membiayai pembelian tambahan, mengeluarkan $650 juta nota hutang pada Disember 2020 dan $500 juta bon pada Jun 2021. Hasil daripada kedua-duanya digunakan untuk membeli lebih banyak bitcoin.

Terbaru, pada 29 Mac, anak syarikat MicroStrategy menutup pinjaman $205 juta yang dicagarkan oleh bitcoin dengan tujuan memperoleh lebih banyak bitcoin. Kemudian pada 5 April, Michael Saylor mengumumkan MicroStrategy membeli 4,167 bitcoin pada harga purata $45,714 setiap satu.

Dengan kejatuhan mendadak, MicroStartegy boleh berhadapan keadaan yang membahayakan iaitu apabila bitcoin jatuh di bawah $21,000 setiap token. MicroStrategy akan diwajibkan untuk melakukan panggilan margin. Syarikat itu sama ada perlu menjual Bitcoinnya pada harga yang lebih rendah atau perlu menarik lebih banyak cagaran untuk pinjaman itu. Firma perisian itu baru-baru ini mencatatkan kerugian besar pada suku pertama 2022 berikutan kejatuhan nilai Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat