Michelle Obama Pula Serang Trump!

374

Bekas First Lady Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama melancarkan perang mulut terhadap Presiden AS, Donald Trump dengan mendakwa beliau bukanlah Presiden yang sesuai untuk negara itu.

Menurut Michelle, Trump dilihat bongkak dan tidak boleh memerintah negara itu kerana Trump sering membuat keputusan yang kurang bijak demi kepentingan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan politiknya semata-mata.

Michelle menjelaskan ekonomi AS berada dalam kacau-bilau akibat virus Covid-19 kerana Trump mengambil mudah mengenai pencegahan wabak tersebut.

Tambah Michelle, Trump turut tidak memandang serius mengenai insiden buruk terhadap lelaki bukan berkulit putih, George Floyd pada 25 Mei lalu. Kematian Floyd mencetuskan gerakan Black Lives Matter di seluruh dunia yang menuntut pembelaan terhadap golongan bukan berkulit putih.

Ujar Michelle lagi, kepimpinan White House penuh dengan huru-hara, perpecahan dan kurangnya sifat peduli tentang nasib orang lain.

Michelle menyatakan tempoh empat tahun kebelakangan ini adalah detik sukar bagi kanak-kanak Amerika kerana mereka melihat Trump sering memperjuangkan prinsip ‘ketuanan orang putih’.

Pada masa yang sama, beliau menggambarkan calon Demokrat, Joe Biden sebagai seorang lelaki yang baik dan menyeru rakyat Amerika agar mengundi Biden sewaktu pilihan raya pada November ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat