Microsoft Labur $2 Bilion Dalam London Stock Exchange

109

‘Makin maju dunia, tapi keadaan ekonomi mengundur.’

Keputusan Microsoft Corp membeli 4% pegangan, kira-kira $2 bilion dalam London Stock Exchange (LSEG) tampak tidak disambut baik badan pengawal selia.

Perkara ini menjadi kebimbangan pengawal selia tentang kebergantungan berterusan firma kewangan pada pembekal awan (cloud provider) yang terhad, boleh menimbulkan potensi gangguan andai tidak diuruskan dengan betul.

Sungguhpun begitu, ketua eksekutif kumpulan LSEG iaitu David Schwimmer sifatkan perjanjian itu adalah ‘bermakna’ untuk meningkatkan hasil menjelang 2025 dengan penjualan produk sedia ada melalui Microsoft kepada lebih banyak pelanggan.

Tambah Schwimmer lagi perjanjian jangka panjang itu telah dirangka selama setahun dan pelanggan bakal melihat hasil menjelang 18 ke 24 bulan akan datang.

Sebahagian perjanjian itu akan menyaksikan Microsoft menawarkan perkhidmatan cloud kepada LSEG dengan rancangan masa depan untuk bekerjasama membina potensi dagangan awan (cloud trading).

Dalam pada itu, gergasi teknologi lain juga giat menjalin kerjasama dengan institusi kewangan dalam memperkasakan kedua-dua industri di sebalik tentangan pengawal selia.

Antaranya Google milik Alphabet Inc melabur $1 bilion dalam CME Group Amerika Syarikat (AS) bagi memindahkan sistem dagangan bursa derivatif ke cloud manakala Amazon juga berbuat perkara sama dengan Nasdaq melalui perjanjian berbilang tahun.

Malah, Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini telah meluluskan pengenalan undang-undang yang akan menjaga keselamatan cloud provider dan perkhidmatan kewangan dengan Britain turut melakukan perkara sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat