Microsoft Tidak Berminat Dengan Pelaburan Bitcoin

1,385

Firma kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS), Microsoft nampaknya tidak merancang untuk membuat pelaburan di Bitcoin (BTC) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dalam temubual bersama CNN pada hari ini, presiden Microsoft, Brad Smith memberitahu boleh jadi jika suatu hari nanti mereka berubah fikiran dan tertarik untuk membuat pelaburan BTC.

Apabila ditanya sama ada Microsoft ada membincangkan sebarang perancangan untuk pelbagaikan pelaburan matawang kripto susulan daripada tindakan Tesla melabur $1.5 bilion di dalam Bitcoin baru-baru ini, Smith mengakui setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan melibatkan pelaburan kripto.

Sedia maklum, jumlah permodalan pasaran Bitcoin ligat mengejar beberapa firma besar AS.

Setakat ini, permodalan pasaran matawang kripto itu berjaya mengatasi Tesla pada sekitar $808 bilion sebaik sahaja firma itu mengumumkan pelaburan di dalam Bitcoin.

Ketika penulisan, Bitcoin mencatatkan jumlah permodalan pasaran pada nilai $954 bilion dan perlu melonjak dua kali ganda untuk mengatasi Microsoft yang kini mencatatkan permodalan pasaran pada $1.8 trilion.

Presiden JPMorgan Chase, Daniel Pinto, sebelum ini meramalkan akan lebih banyak firma akan mula mencebur ke dalam pelaburan Bitcoin ekoran daripada permintaan yang meningkat.

Namun, barisan pakar strategi JPMorgan menindakkan dakwaan tersebut, menjelaskan pembelian BTC oleh Tesla tidak semestinya akan mempengaruhi institusi yang lain kerana sifat volatile kripto yang sangat tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat