CEO MicroStrategy, Michael Saylor dalam ciapan laman sosial X berkata syarikatnya telah membeli lagi $4.6 billion Bitcoin dan menambahkan lagi pegangan gergasi mata wang kripto itu sebanyak 51,780 token.
Langkah itu telah menyaksikan syarikat itu terus mengembangkan pelaburannya dalam mata wang kripto terkemuka. Hasil pelaburan tersebut telah membuahkan hasil dalam keuntungan syarikat.
Laporan Yahoo Finance menunjukkan Saham MicroStrategy telah mengatasi banyak saham lain dalam indeks S&P 500 dari segi pulangan tahun ke hari dengan meningkat lebih 500% setakat ini pada tahun 2024.
Kini, pegangan sebanyak 331,200 token BTC dengan purata harga sekitar $88,627 memberikan keselesaan buat syarikat tersebut meraih keuntungan kira-kira $13.7 billion.
Sementara itu, syarikat tersebut merancang untuk mengeluarkan nota pertukaran dengan 0% kadar faedah pada Disember 2029 selepas memperoleh lambakan Bitcoin.
Nota tersebut berkesan untuk membuka akses tanpa caj tambahan atau lebih rendah jika ingat menambah belian Bitcoin.
Pertaruhan MicroStrategi ke atas harga Bitcoin dinaikkan lagi sepanjang kitaran pasaran berikutnya.