MicroStrategy Selar Tindakan Musk, Umum Ambil Langkah Berbeza!

2,047

MicroStrategy, yang merupakan syarikat gergasi perisian telah membeli Bitcoin dengan pembelian tambahan $ 10 juta iaitu sebanyak 229 Bitcoin ketika harga Bitcoin menjunam. Pembelian terbaru dilakukan dalam minggu ini semasa harga BTC pada $ 43,663 setiap Bitcoin.

Syarikat yang mempelopori penggunaan Bitcoin sebagai pelindung nilai bon itu terus mengumpul Bitcoin sejak pada bulan Ogos tahun lalu dan telah memiliki 92.079 bitcoin dengan jumlah pelaburan $ 2.251 bilion. Nilai pegangan semasa adalah sekitar $ 4,15 bilion yang menawarkan mereka keuntungan hampir $ 2 bilion dari jumlah pelaburan mereka.

Firma itu mula membeli Bitcoin menggunakan wang tunai perbendaharaan dan nota tunai. Dalam masa yang sama, firma tersebut telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan terus melabur dalam kripto kerana percaya kripto adalah sebagai nilai inflasi yang lebih baik.

MicroStartegy mengumumkan pembelian Bitcoin bernilai $ 15 juta hanya sehari selepas Elon Musk memuat naik kenyataan yang menyatakan permusuhan terhadap pemain pasaran kripto. Pemilik syarikat MicroStrategy juga menegaskan bahawa pihak mereka tidak mempunyai rancangan untuk menjual pegangan Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat