Minggu Ini Boleh Ke Zon $1.1700 Sokong Kenaikan EUR/USD?

484

Mesyuarat FOMC pada minggu lalu telah mendorong pengukuhan US dolar menyaksikan keputusan Federal Reserve (Fed) ke arah pengetatan dasar.

Namun, US dolar gagal mengekalkan momentum pengukuhan selepas mesyuarat tersebut berikutan beberapa faktor dalam pasaran yang dijangka akan memberi tekanan terhadap US dolar bersambung pada dagangan awal minggu ini.

Antaranya krisis Evergrande yang menunjukkan perkembangan dan meredakan kebimbangan dan isu pelepasan tahanan CFO Huawei yang mengurangkan ketegangan antara China dan Kanada.

Pelabur akan menilai sama ada US dolar akan bergerak lemah memberi reaksi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mata wang safe-haven itu, ataupun tumpuan semula terhadap pengetatan dasar oleh Fed.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih bergerak mendatar di atas zon support 1.17000 sehingga ke penghujung minggu lalu.

Walaupun terdapat cubaan untuk harga susut lebih rendah di bawah 1.17000 ketika mesyuarat FOMC, namun harga kembali meningkat semula di atas paras tersebut.

Mata wang Euro juga gagal mengambil kesempatan pada penyusutan US dolar di penghujung minggu berikutan data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan juga catat bacaan yang kurang memberangsangkan.

Jika kenaikan harga berlaku pada carta EUR/USD, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada zon SBR (support become resistance) 1.17500.

Seterusnya, kenaikan harga akan menguji pula paras rintangan pada 1.18000 setelah harga jatuh di bawah paras tersebut pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Untuk situasi kejatuhan harga pula, harga yang bergerak di bawah zon support 1.17000 dilihat memberi isyarat untuk meneruskan trend bearish.

Zon support pada 1.16000 seterusnya akan menjadi paras tumpuan harga yang bakal diuji sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat