Minggu Lepas Menjunam, Minggu Ini EUR/USD Melonjak Semula?

540

Selepas menutup dagangan minggu lalu dengan persembahan yang memuaskan, US dolar memulakan dagangan di awal minggu ini dengan suram pula.

Ekoran kebimbangan terhadap gelombang Covid-19 varian Delta terbaru dilihat membantutkan rancangan penggubal dasar Federal Reserve (Fed) untuk langkah pengurangan pembelian bon (tapering).

Justeru, jangkaan untuk bank pusat meneruskan polisi yang longgar untuk menyokong ekonomi dilihat akan memberi kesan penyusutan semula US dolar dalam tempoh terdekat ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan kenaikan semula harga pada sesi Asia pagi ini (Isnin) mengakhiri corak penurunan minggu lalu.

Harga telah meningkat semula di atas paras 1.17000 dan kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal permulaan trend bullish.

Jika US dolar terus lemah dan harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras rintangan pada 1.18000 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji semula selepas harga menjunam dari paras tersebut di awal minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut bakal menuju semula ke paras tumpuan 1.19000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Namun, jika kenaikan harga pada sesi Asia sekadar pembetulan harga, penurunan yang diteruskan semula di bawah paras 1.17000 akan menguji paras support minggu lalu sekitar 1.16700.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menuju ke zon support terbaru pada 1.16000 di samping mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Pelabur akan berwaspada menilai bacaan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan AS hari ini yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar dan Euro.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat