Minggu ‘Ngeri’ Buat Emas, Catat ATH Baharu Setiap Hari!

1,702

Emas teruskan pendakian tinggi dengan melepasi paras tertinggi sepanjang masa untuk hari keempat berturut-turut dengan berada pada posisi $2,302.63 pada sesi dagangan Asia pagi tadi walaupun Perbendaharaan AS mencatatkan hasil yang tinggi untuk mengukuhkan dolar AS.

Ucapan daripada pegawai Fed berkenaan data pekerjaan yang kukuh dan penurunan dalam aktiviti perkhidmatan memberi kesan kepada nilai mata wang Amerika Syarikat itu.

Tepat jam 8.40 pagi, harga emas berada pada paras $2,299.38 iaitu turun sebanyak 0.06% sejak pembukaan sesi dagang awal pagi tadi.

Baru-baru ini, Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan bank pusat AS mempunyai masa untuk membincangkan tentang pemotongan kadar faedahnya berdasarkan rujukan kekuatan ekonomi dan bacaan inflasi.

Katanya lagi, ekonomi AS berkembang seperti yang dijangkakan dan ini seiring dengan sasaran penurunan kadar faedah pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, Powell menekankan bahawa perkara itu hanya boleh berlaku jika keyakinan yang tinggi bahawa inflasi mampu bergerak turun secara teratur mencapai sasaran 2%.

Sebelum ini, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic mengakui momentum ekonomi yang teguh perlu seiring dengan pertumbuhan dan pengurangan kadar inflasi. Beliau meramalkan pemotongan kadar pada suku terakhir 2024 dan membayangkan inflasi sejajar dengan sasaran 2% oleh Fed menjelang 2026.

Kalender ekonomi AS menyerlahkan laporan angka pekerjaan dan PMI Perkhidmatan. ADP melaporkan pertumbuhan pekerjaan sektor swasta naik lebih tinggi daripada jangkaan untuk Mac dan pasaran buruh yang buruh memberikan kelebihan untuk mata wang dolar AS.

Namun, bukti-bukti aktiviti perniagaan yang perlahan menurut laporan S&P Global dan ISM Services PMI baru-baru ini mengehadkan pemulihan USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat