Minit Mesyuarat FOMC – Fed Beri Isyarat Kadar Faedah Tidak Akan Turun Lebih Rendah

390

Federal Reserve AS (Fed) pada awal pagi tadi telah mengeluarkan minit mesyuarat polisi 29-30 Oktober yang menunjukkan bank pusat akan menghentikan pelonggaran selanjutnya kecuali keadaan ekonomi berubah dengan ketara.

Fed pada mesyuarat polisi akhir Oktober lalu, telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada julat sasaran 1.5%-1.75% menjadikannya sebagai pemotongan kali ketiga dalam tahun ini.

Selepas pengurangan sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat tersebut, ia akan dinilai dengan baik untuk terus menyokong prospek pertumbuhan sederhana, pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang mencapai sasaran bank pusat.

Berikutan daripada mesyuarat itu, Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan bahawa Fed akan berhenti pada kadar faedah yang telah ditetapkan dan berkata bahawa hanya akan berubah jika terdapat perubahan “material” dalam prospek ekonomi Amerika Syarikat.

Perbincangan pada mesyuarat itu menunjukkan mereka masing-masing berpendapat bahawa ekonomi AS berada pada kedudukan yang agak kukuh, pasaran buruh yang stabil dan perbelanjaan pengguna yang tinggi di mana aktivitinya menyumbang kira-kira 70% kepada pertumbuhan ekonomi (GDP) negara itu.

Bagaimanapun, mereka turut melihat peningkatan dalam risiko penurunan yang membelenggu prospek ekonomi AS dengan menyebut mengenai kelemahan pertumbuhan global dan ketidakpastian perkembangan dagangan telah menjejaskan pelaburan perniagaan dan eksport.

Pengurangan kadar faedah sebanyak tiga kali berturut-turut pada tahun ini dijadikan sebagai jaminan untuk membantu ekonomi AS yang terkesan oleh perang perdagangannya dengan China yang telah memberi impak kepada sektor pembuatan, pelaburan perniagaan dan eksport.

Selain itu, minit mesyuarat tersebut juga menunjukkan ahli mesyuarat telah berbincang mengenai kemungkinan untuk menubuhkan kemudahan repo dalam pasaran wang jangka pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat