Minit Mesyuarat FOMC Kecewakan Jangkaan Agresif Pasaran

422

Dagangan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menunjukkan peningkatan selepas minit mesyuarat FOMC untuk mesyuarat polisi terbaru Federal Reserve (Fed) telah mengecewakan jangkaan agresif pasaran terhadap penurunan lebih rendah kadar faedah oleh bank pusat.

Matawang Asia dijangka bergerak perlahan pada hari ini menjelang ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell di Jackson Hole untuk petunjuk bagaimana persiapan bank pusat AS untuk menurunkan kadar faedah.

Komen Powell akan kembali memandu arah bagi dagangan USD selepas penyongsangan hasil bon AS sebelum ini telah mencetuskan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi. Walaupun minit mesyuarat Fed mengurangkan jangkaan dovish, pasaran tetap menjangkakan kadar faedah akan diturunkan ekoran pertumbuhan yang masih perlahan.

Turut menjadi tumpuan awal pagi tadi adalah pertemuan antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Canselor Jerman, Angela Merkel untuk membincangkan hala tuju rundingan Brexit.

Walaupun Angela Merkel lebih terbuka untuk mencari jalan penyelesaian, namun hasil rundingan semalam dilihat masih belum meyakinkan dengan isu sempadan Ireland masih lagi menemui jalan buntu.

Sesi pasaran New York semalam menampilkan bacaan data inflasi di Kanada dengan angka yang dikeluarkan menunjukkan peningkatan yang positif.

Kadar inflasi tahunan Kanada kekal di paras 2% untuk Julai, tidak berubah seperti bacaan bulan sebelumnya dengan mengatasi jangkaan penurunan 1.7% oleh pasaran. Dolar Kanada (CAD) kembali mencatatkan peningkatan pada carta harga berbanding pasangan matawang utama susulan data inflasi diterbitkan.

Seterusnya, bacaan data inventori minyak AS telah mencatatkan kejatuhan lebih rendah berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran. Bekalan minyak mentah AS menurun kepada 2.72 juta tong pada minggu lalu selepas kenaikan 1.58 juta sebelumnya, dengan pasaran menjangkan penurunan kepada 1.889 juta.

Manakala, data jualan rumah sedia ada di Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan 2.5% pada Julai, dengan angka 5.42 juta untuk kadar jualan mengatasi jangkaan pasaran.

Data yang menjadi tumpuan pada hari ini pula terarah pada bacaan PMI perkilangan dan perkhidmatan di zon Eropah pada petang ini sebelum bacaan PMI Amerika Syarikat pula akan menyusul pada sesi pasaran New York malam ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat