Minit Mesyuarat FOMC : USD/JPY Melonjak 0.14 Peratus!

59

Yen didagang sedikit melemah dalam sesi Asia pada Khamis apabila pasaran mencerna pandangan terbaru dari Fed sementara mencari arah tuju baru di dalam laporan minit awal pagi tadi.

USD/JPY bertukar kepada 111.66 dengan lonjakan sehingga 0.14 peratus, manakala AUD/USD menurun sebanyak 0.12 peratus kepada 0.7497.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali pertama dinilai meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada 96.97.

Dalam pembentangan minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi, kebanyakan pegawai Fed menyokong rancangan untuk mengurangkan kunci kira-kira Fed sebanyak $4.5 Trillion tahun ini, manakala kebanyakan ahli Fed yang lain menyifatkan bahawa kenaikan kadar akan diperlukan oleh ekonomi tidak lama lagi.

Minit mesyuarat bulan Mei masih mencerminkan kebimbangan yang sama apabila Fed bertindak untuk mengekalkan kadar penanda aras yang secara tidak langsung menonjolkan kelembapan di dalam aktiviti ekonomi.

Menurut minit tersebut juga, bank pusat akan mengumumkan had jumlah matang bagi bon yang diperlukan setiap bulan tanpa perlu melabur semula.

Proses ini juga akan membantu Fed untuk mengurangkan kunci kira-kira sebanyak $4.5 Trillion.

Pandangan agresif di dalam mesyuarat awal pagi tadi mengenai keperluan untuk menaikkan kadar itu juga diimbangi dengan pendapat bahawa ekonomi harus berada pada landasan yang betul sebelum Fed bersedia untuk menaikkan kadar pada mesyuarat yang akan datang.

Beberapa Jam Menjelang Keputusan Lanjutan Perjanjian Pembekuan Bekalan Oleh OPEC, Minyak Mentah Melonjak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat