Minit Mesyuarat RBA – Bank Pusat Dijangka Lanjutkan Pelonggaran Polisi

267

Dagangan matawang dolar Australia pada sesi Asia pagi ini mencatatkan penurunan susulan minit mesyuarat dikeluarkan untuk mesyuarat polisi monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal September lalu.

Kenyataan yang digariskan adalah ahli lembaga mesyuarat akan mempertimbangkan pelonggaran polisi jika diperlukan untuk menyokong pertumbuhan di samping mencapai sasaran inflasi bank pusat.

Adalah masih kekal relevan untuk menjangkakan lanjutan tempoh kadar faedah untuk terus dikekalkan di paras yang rendah bertujuan untuk mencapai kestabilan pada pasaran buruh dan inflasi.

Ahli mesyuarat juga akan terus menilai perkembangan secara global dan domestik untuk keputusan polisi monetari yang akan datang. Perbincangan lebih mandalam juga dianjurkan untuk membicarakan keadaan kewangan luar negara yang mempengaruhi ekonomi Australia.

RBA tetap yakin bahawa ekonomi Australia mampu mengekalkan kadar pengangguran yang rendah dan perkembangan yang baik pada laporan pekerjaan.

Pasaran perumahan juga sedang menunjukkan isyarat perkembangan yang semakin baik walaupun pada kadar yang perlahan. Selain itu, pertumbuhan pendapatan turut dilihat meningkat secara beransur-ansur.

Dengan tanda-tanda positif yang dinilai, bank pusat dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah yang rendah didorong oleh jangkaan lanjutan pelonggaran polisi oleh bank pusat utama seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat