“Alamak macam mana ni adakah harga DOGE akan terkesan?”
Penyumbang terkemuka dan pembangun utama Dogecoin (DOGE), Mishaboar telah mendedahkan hasratnya untuk menjauhi pembangunan memecoin terbesar itu jika peralihan pada konsensus Proof-of-Stake (PoS) diteruskan.
Hal ini kerana PoS mempunyai pelbagai kelemahan yang akan bercanggah daripada prinsip utama DOGE dan memberi kesan terhadap masa depan memecoin tersebut susulan ia dijangka sukar untuk digunakan.
Bukan itu sahaja, Mishaboar turut berpandangan bahawa sebahagian besar bekalan aset digital dipegang oleh bursa kripto dan cabaran kawal selia berkemungkinan timbul susulan daripada pendekatan PoS berikut.
Setelah menegaskan PoS tidak dapat beri sebarang faedah kepada DOGE, Mishaboar mencadangkan penyelesaian lain seperti saluran pembayaran dan penyepaduan dengan penyedia pembayaran yang boleh capai hasil sama tanpa memerlukan PoS.
If this refers to false “staking”, based on lending then no. The risk is too high unless you are an insider (and even then…).
If this refers to a remote possibility of Doge ever switching to PoS, after what I have seen over the past 2 years, i would probably then move to…
— Mishaboar (@mishaboar) August 20, 2023
Umum mengetahui PoS dan Proof-of-Work (PoW) adalah dua mekanisme konsensus utama menyokong aset digital, di mana PoW digunakan oleh Bitcoin (BTC) termasuk DOGE yang bergantung pada miners untuk mengesahkan transaksi dan menjamin rangkaian.
Manakala PoS pula membenarkan peserta mengesahkan urus niaga dan mencipta blok baharu berdasarkan jumlah mata wang kripto yang mereka pegang sebagai cagaran.
Memang tidak dinafikan PoS telah mendapat daya tarikan susulan memiliki kecekapan tenaga dan potensi skalabiliti, tetapi perlu diketahui bahawa ia juga menghadapi banyak kritikan daripada pelbagai pihak.
Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE menjunam sebanyak 0.49% pada paras $0.06 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 14.36% sepanjang minggu lepas.