Minyak Mentah Dah Naik Balik, Ini Semua Sebab OPEC!

3,852

Minyak mentah kembali memadamkan sebahagian kerugian yang dicatatkan pada awal minggu selepas OPEC memberi amaran bahawa adalah mustahil untuk menggantikan minyak Rusia yang terkesan oleh sekatan Barat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak Brent meningkat semula pada harga $100 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok pada sekitar harga $96 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini telah jatuh dengan ketara sekitar 4% pada Isnin disebabkan kebimbangan terhadap penutupan Covid-19 di China akan melemahkan permintaan bahan bakar dan pelepasan minyak oleh negara-negara pengguna.

OPEC memberitahu Kesatuan Eropah (EU) bahawa sekatan semasa dan akan datang ke atas Rusia boleh mewujudkan kejutan bekalan minyak paling teruk dan mustahil untuk meningkatkan pengeluaran yang mencukupi bagi mengimbangi kehilangan tersebut.

Pegawai EU mengadakan perbincangan dengan wakil OPEC di Vienna pada Isnin, di tengah-tengah gesaan agar kumpulan itu meningkatkan pengeluaran dan Eropah pula sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap minyak Rusia.

OPEC sebelum ini telah menolak desakan daripada Amerika Syarikat dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) untuk meningkatkan pengeluarannya bagi meredakan peningkatan harga.

Keengganan OPEC telah memaksa Washington dan negara pengguna lain dalam IEA untuk melepaskan bekalan dari rizab kecemasan mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat