Minyak Mentah Global Makin Memuncak, Apa Tindakan Kerajaan Terhadap Rasionalisasi Subsidi?

192

Penampakan harga minyak mentah Brent dalam sasaran menuju $100 per tong semakin jelas dan kerajaan boleh memilih untuk melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi petrol dan diesel yang dirancang secara berperingkat.

Konflik Iran -Israel yang tercetus hujung minggu lalu terus menimbulkan ketidaktentuan dalam pasaran harga minyak mentah.

Tumpuan global kini tertumpu kepada reaksi Israel terhadap konflik sama ada mereka ingin lakukan serang balas dalam masa terdekat ini.

Menurut profesor ekonomi Universiti Tunku Abdul Rahman, Wong Chin Yoong berkata tidak mungkin naik semula ke paras tertinggi $139 per tong seperti yang berlaku pada tahun 2022 kerana perang Rusia-Ukraine dan inventori minyak mentah global yang rendah.

Katanya lagi, kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaan kenaikan harga petrol secara beransur-ansur bagi RON 95 melalui pendekatan berperingkat daripada RM2.05 per liter sekarang kepada RM2.10 misalnya dan menaikkannya kepada RM2.20 selama tiga bulan.

Pada dasarnya, kerajaan boleh mengubah suai kadar dan cara ia merasionalkan subsidi kepada rakyat. Pelarasan ini dapat membantu sedikit dalam mengurangkan kesan bebanan ekonomi dan membantu mereka menyesuaikan diri.

Selain itu, kerajaan perlu telus dalam jadual pelaksanaan supaya perniagaan dan isi rumah dapat merancang lebih awal.

Pelancaran program subsidi bahan api RON95 disasarkan bermula dari separuh kedua 2024. Dilaporkan bahawa lebih daripada RM50 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi bahan api dan gas serta apungan percuma harga bahan api mungkin menjimatkan RM29 bilion kerajaan.

Sementara itu, pakar ekonomi kanan Asean OCBC Lavanya Venkateswaran berkata harga minyak yang tinggi seharusnya mendorong pihak berkuasa untuk meneruskan rasionalisasi subsidi bahan api bagi mengehadkan kenaikan bil subsidi dan risiko kehilangan defisit fiskal tahunan sebanyak 4.3% daripada KDNK.

Ujarnya, pengurangan subsidi tidak mungkin berlaku secara tiba-tiba dan pihak berkuasa perlu memberi tumpuan pada menguruskan jangkaan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat