Hari ini, harga minyak jatuh apabila dolar AS menunjukkan pengukuhan ketara dan mengehadkan permintaan minyak mentah dalam pasaran walaupun berlakunya peningkatan gangguan bekalan di tengah-tengah konflik Timur Tengah.
Kedua-dua penanda aras ini menunjukkan penurunan di mana minyak mentah Brent turun 36 sen (0.5%) kepada $77.93 per tong. Minyak mentah West Texas Intermediate AS pula jatuh 43 sen (0.59%) kepada $71.97 buat masa ini.
Semalam, minyak mentah Brent meningkat sedikit manakala WTI jatuh sejak awal minggu kerana para pelabur melihat beberapa tanda kelemahan di ekonomi AS. Namun, konflik perang di Laut Merah terus meningkat dan membimbangkan kapal tangki yang berlayar di situ.
Masalah itu memaksa kapal-kapal itu untuk menukar arah perjalanan yang lebih jauh dan meningkatkan kos serta memanjangkan tempoh penghantaran.
Dolar AS kini bergerak naik sejak Isnin selepas ucapan daripada pegawai Federal Reserve AS yang menolak jangkaan pemotongan kadar faedah yang agresif. Ia juga dapat mengurangkan permintaan minyak mentah dalam mendenominasi dolar untuk pembeli yang membayar dalam mata wang lain.
Awal minggu ini, Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap kumpulan Houthi yang bersekutu Iran di Yaman selepas peluru berpandu Houthi mengenai kapal Greece di Laut Merah.
Pengeluar minyak utama Britain, Shell menggantung penghantaran melalui Laut Merah selepas serangan daripada AS dan UK bermula. Namun, pengeluar minyak AS iaitu Chevron masih tetap menggunakan laluan tersebut.
Walaupun konflik itu tidak memberi kesan pada pasaran minyak mentah. Harganya akan terus terkesan disebabkan gangguan kepada aliran perdagangan melalui Laut Merah dan Terusan Suez yang meningkatkan kos.