Minyak Mentah Makin Naik Walaupun Amerika Nak Kurangkan Harga!

368

Emas hitam mempertahankan pengukuhannya pada pembukaan dagangan awal minggu, disokong oleh keyakinan pelabur bahawa varian Omicron tidak akan memberi impak besar kepada permintaan bahan bakar global.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent dan WTI Amerika Syarikat meningkat 1%, dengan masing-masing diniagakan tinggi pada $76.10 setong dan $72.65 setong.

Kedua-dua penanda aras telah mencatat keuntungan sekitar 8% pada minggu lepas, iaitu kenaikan pertama mingguannya dalam tempoh tujuh minggu.

Ini juga menjadikan lebih separuh daripada kerugian pasaran minyak telah dpulihkan sejak varian Omicron dikenalpasti pada akhir bulan lalu.

Para saintis Afrika Selatan memberitahu pada hari Jumaat bahawa mereka tidak melihat sebarang tanda bahawa varian baharu itu akan menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Dalam pada itu, pelabur juga berhati-hati susulan kenyataan Jabatan Tenaga AS bahawa ia akan menjual 18 juta tong minyak dari rizab petroleum strategiknya pada 17 Disember sebagai sebahagian daripada rancangan pentadbiran Biden untuk cuba mengurangkan harga petrol.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat