Minyak Mentah Tunggu Isyarat Untuk Pecut Ke Paras $100 Setong

766

Dagangan minyak mentah turut berehat daripada meneruskan kenaikan ketika pelabur terus menantikan perkembangan mengenai isu Rusia-Ukraine dan tanda-tanda kemajuan dalam rundingan nuklear Iran.

Harga minyak telah melonjak tinggi pada Selasa berikutan kebimbangan bahawa sekatan yang dikenakan negara-negara Barat akan memberi impak kepada bekalan, tetapi Amerika Syarikat menjelaskan bahawa ia tidak menjejaskan eksport tenaga.

Sebagai tindak balas kepada tindakan Rusia, Presiden AS Joe Biden telah mengumumkan sekatan pada hari Selasa dengan hanya menyasarkan hutang kerajaan, institusi kewangan dan golongan elit negara itu.

Timbalan penasihat keselamatan negara, Daleep Singh, mengatakan AS sedang berbincang dengan pengeksport dan pengimport minyak untuk cuba mengurangkan kesan daripada konflik ini dan sekatan yang bakal dilaksanakan seterusnya, termasuk terus memanfaatkan rizab minyak strateginya.

Hal ini membawa keredaan buat dagangan minyak mentah yang turut memberi perhatian kepada rundingan perjanjian nuklear Iran.

Walaupun begitu, minyak mentah kekal didagangkan tinggi dengan berada tidak jauh dari paras ketinggian terbaharu tujuh tahun yang dicapainya pada Selasa.

Niaga hadapan minyak Brent kukuh pada $97 setong, selepas menyentuh harga $99 setong sebelum ini. Dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $92 setong, susut sedikit dari $95 setong yang dicatatkan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat