Mnuchin Berkata Akan Memperkenalkan Perubahan Cukai US Tidak Lama Lagi

40

Pentadbiran Trump akan memperkenalkan perubahan cukai dalam masa terdekat dan dijangka perancangan ini akan diluluskan oleh Kongres tahun ini sama ada polisi kesihatan berjaya diubah atau tidak, kata Setiausaha Perbendaharaan US Steven Mnuchin pada Khamis.

Dalam komen tersebut, Mnuchin menyatakan bahawa Perbendaharaan US bekerja siang dan malam dan semakin hampir untuk membawa perancangan perubahan cukai itu.

Dari segi cukai persendirian, Mnuchin mahu kehilangan pendapatan dari cukai yang rendah memberi kesan kepada pertumbuhan. Beliau menegaskan perubahan cukai ini adalah berfokus kepada pertumbuhan ekonomi.

Apabila melihat kepada isu antarabangsa, Mnuchin menegaskan fokus adalah kepada perdagangan yang adil dan seimbang.

Walaubagaimanapun masih ada kebimbangan kepada pasaran di mana perubahan yang dijadualkan menjadi lebih lewat. Hal ini disebabkan pihak Republikan yang masih mengalami kesukaran menggantikan Obama-care walaupun Mnuchin menegaskan perubahan cukai akan dibuat tidak kira perubahan polisi kesihatan berjaya atau tidak.

“Sama ada polisi kesihatan dapat diselesaikan atau tidak, kita akan mendapat perubahan percukaian,” kata Mnuchin.

“Perancangan cukai Trump adalah dengan pengurangan kadar cukai dan kehilangan pendapatan kerajaan dari perubahan itu akan memberi faedah kepada lonjakkan pertumbuhan ekonomi.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat