Mohon ‘Alert’ Trader USD/CAD! BOC Beri Isyarat Baru Tentang Kadar Faedah

174

Bank of Canada (BOC) menjadi bank pusat utama pertama yang memberi petunjuk untuk menghentikan sementara kenaikan kadar faedahnya.

Dalam mesyuarat terbaru yang berlangsung pada Rabu, bank pusat itu telah memutuskan untuk meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 4.50%.

Kadar inflasi Kanada terus menunjukkan tanda-tanda berkurangan di mana bacaan terbaru melihatkan harga pengguna menurun kepada 6.3% pada Disember dari kemuncak 8.1%.

Walaupun bagaimanapun, ia masih tiga kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 2% bank pusat.

Gabenor BOC, Tiff Macklem mengatakan walaupun ia masih jauh daripada sasarannya, tetapi perkembangan terkini menguatkan keyakinan bank pusat bahawa inflasi akan turun.

Tambahnya lagi, bank itu dijangka akan mengekalkan kadar dasar pada paras semasanya sambil menilai kesan kumulatif kenaikan kadar faedah jika ekonomi berkembang seperti diramalkan.

Sebelum ini, BOC telah mengatakan bahawa keputusan dasar masa hadapan akan bergantung kepada data.

Sementara itu secara berasingan, Macklem memberitahu Reuters bahawa beliau tidak bercadang untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memberi tumpuan kepada sama ada kadar perlu naik lebih tinggi untuk memerangi inflasi.

Ekoran daripada keputusan polisi bank pusat, dolar Kanada diniagakan sedikit susut berbanding US dolar tetapi masih didagangkan lebih tinggi pada paras terkuat 1 bulan pada 1.3397.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat