Momentum Kenaikan Pada AUD/USD Bakal Mencatatkan Paras Ketinggian Terbaru

587

Matawang komoditi dolar Australia berjaya melonjak pada dagangan Jumaat lalu selepas mendapat manfaat daripada data ekonomi China yang positif. China sebagai rakan dagang terbesar Australia sering memberi impak secara terus terhadap dagangan Aussie dalam pasaran semasa selepas data ekonomi di China dikeluarkan.

Dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada Jumaat mencatatkan kenaikan hampir 80 pips dan telah mencatatkan paras ketinggian semasa yang terbaru sejak dagangan Februari lalu sekitar paras 0.71900.

Selain data ekonomi di China, data ekonomi di Australia yang akan menjadi tumpuan pada minggu ini adalah laporan data pekerjaan pada Khamis nanti. Jangkaan bacaan data yang meningkat bakal menyokong dagangan Aussie selain sentimen pasaran yang turut mempengaruhi matawang itu.

Berbanding matawang dolar Amerika yang melemah ekoran data positif pada ekonomi China memberikan kelebihan untuk AUD terus mengukuh.

Pelabur akan beralih ke arah aset berpulangan tinggi seperti AUD dan sebaliknya permintaan pada matawang safe-haven USD akan menyusut.

Dagangan pada AUD/USD hari ini dilihat bergerak mendatar di bawah paras 0.71800 selepas lonjakan harga pada Jumaat lalu ekoran Aussie yang mengukuh.

Jika harga kembali meneruskan momentum lonjakan minggu lalu, harga berpotensi mencari paras ketinggian terbaru pada chart AUD/USD menguji paras resistance pada 0.7202 (MagicR1) atau ke paras resistance yang lebih tinggi di paras 0.7236 (MagicR2).

Namun jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7159 hari ini, zon support pada 0.71300 akan diuji harga sebelum harga menerukan penurunan ke paras lebih rendah sehingga mencecah ke paras support 0.7049 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.7125, 0.7082, 0.7049.

Paras resistance: 0.7202, 0.7236, 0.7279.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat