Momentum Penurunan USD/CAD Dijangka Perlahan Selepas Mesyuarat BOC

85

Dolar Kanada didagangkan suram menuju penghujung minggu selepas keputusan mesyuarat bank pusat yang tidak menepati jangkaan pasaran.

Bank of Canada (BOC) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 3.75% daripada 3.25% menjadikan peningkatan lebih rendah berbanding jangkaan 75 mata asas sebelum ini.

Justeru, momentum pengukuhan dolar Kanada yang telah dipaparkan sejak Selasa lalu mula pudar apabila isyarat pengetatan dasar yang kurang agresif oleh BOC itu walaupun kenaikan kadar diteruskan enam kali mesyuarat berturut-turut.

Namun, Loonie kekal berpotensi untuk bergerak baik berbanding US dolar yang terus mengalami fasa penyusutan nilainya sepanjang dagangan minggu ini.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, corak penurunan terus dipaparkan sehingga mencecah sekitar 1.35100.

Terdapat lonjakan yang dipaparkan ketika reaksi keputusan mesyuarat BOC di sesi New York semalam ke paras ketinggian 1.36500, namun melantun turun semula setelah menguji zon SBR (support become resistance) itu.

Pergerakan harga mendatar di penghujung sesi New York bersambung sehingga ke sesi Asia pagi ini (Khamis) di sekitar 1.35500.

Masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut kekal menunjukkan isyarat untuk harga mengekalkan pergerakan dalam trend bearish.

Namun penurunan harga berkemungkinan akan lebih perlahan selepas dolar Kanada kehilangan momentum susulan reaksi mesyuarat BOC.

Penurunan harga jika diteruskan dilihat akan menguji zon support 1.35000 sebelum melanjutkan penurunan lebih rendah ke sekitar 1.34000.

Mencecah paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru buat harga untuk tempoh dagangan 5 minggu.

Namun, jika harga gagal tembusi zon 1.35000 dan melantun semula seperti corak pergerakan di awal Oktober lalu, zon SBR 1.36500 sekali lagi bakal diuji sebelum isyarat perubahan trend dinilai pelabur.

Kenaikan yang diteruskan berpotensi mencapai ketinggian pada zon rintangan 1.38000 yang menjadi tumpuan diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat