Momentum Terjunan EUR/USD Dah Habis? Jaga-Jaga!

919

Berbanding dagangan sepanjang minggu ini, sesi New York pada Khamis mula melihat permintaan yang menyusut buat US dolar. Sejak awal minggu, matawang utama itu telah pamerkan pengukuhan berterusan berikutan sentimen pasaran yang berisiko.

Berkemungkinan pada penghujung minggu bakal berlaku aktiviti pengambilan keuntungan (profit-taking) oleh para pedagang pada posisi dagangan sebelum ini.

Data tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam pada angka yang masih tinggi pada 870,000 turut membantutkan pengukuhan US dolar pada dagangan penghujung minggu.

Perkembangan di Dewan Rakyat AS, demokrat sedang mengusahakan pakej rangsangan Coronavirus yang bernilai $2.2 trilion berkemungkinan diundi pada minggu hadapan.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat telah membuat penurunan ke paras terendah mingguan terbaru semalam ke paras 1.16240 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Namun, sebaik menyentuh paras tersebut, harga kembali membuat kenaikan semula mencatatkan paras tertinggi harian semalam sekitar 1.16850.

Kenaikan ke paras tersebut juga cuba untuk melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) namun masih gagal menunjukkan isyarat lebih jelas susulan pergerakan mendatar harga pada garisan MA50 tersebut sehingga dagangan bersambung di sesi Asia pagi ini.

Jika penurunan harga masih berterusan, harga akan kembali semula ke zon RBS yang dicecah semalam dan akan cuba untuk menembusi paras 1.16000.

Destinasi penurunan selanjutnya dilihat pada paras sokongan 1.15000.

Namun, jika perubahan trend berlaku, harga bakal membuat kenaikan melepasi zon SBR (support become resistance) 1.17200 sebelum ke paras tumpuan 1.18000 semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat