Monte dei Paschi Bakal Menjual Bon Untuk Mendapatkan Modal

37

Bank tertua dunia Monte dei Paschi yang dijangka mendapat bantuan dari kerajaan Itali, merancang untuk mendapatkan modal berjumlah $15 billion euro melalui hutang tahun hadapan. Usaha ini adalah untuk meningkatkan kecairan Monte Paschi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

Monte Paschi akan menjual hutang (Jual Bon) yang akan disokong oleh kerajaan sebagai penjamin yang mana telah dipersetujui oleh European Commission dalam masa enam bulan.

Di bawah peraturan Kesatuan Eropah (EU), bank yang mengalami kekurangan modal tidak boleh mendapat skim sokongan kecairan, seperti yang dilakukan oleh Badan Tertinggi Eropah ini (European Commission) kepada Monte Paschi.

Menurut akhbar-akhbar di Itali, Monte dei Paschi akan menjual bon yang mempunyai tempoh matang jangka pendek dan juga tempoh matang tiga tahun.

Untuk memahami perkara ini, bayangkan kita sebagai peniaga yang mahu meminjam wang di bank untuk mengembangkan perniagaan. Bank memberikan kita pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah 5% setahun.

Sama juga dalam hal ini yang mana Montei Paschi menjual bon 15 bilion euro yang bermaksud bank ini mahu mendapatkan pinjaman sebanyak 15 billion euro. Pihak yang memberikan pinjaman kepada Montei Paschi ini pula secara langsung menjadi pembeli bon yang dijual oleh Monte Paschi. Monte Paschi akan membayar semula hutangnya bersama dengan kupon (kadar faedah) yang telah ditetapkan mengikut tempoh matang bon itu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat