Kesatuan Eropah (EU) bersetuju jika penggunaan mata wang kripto turut disekat bagi kedua-dua negara, Rusia dan Belarus.
Dalam kenyataan terbaharu, pihak EU berpendapat aset kripto sebagai sekuriti yang boleh dipindahkan dari satu entiti kepada satu entiti sebagaimana wang berfungsi.
Bagaimanapun, penglibatan Belarus dalam sekatan yang dilaksanakan ini adalah disebabkan sokongan negara itu terhadap Rusia yang menceroboh Ukraine.
Tidak cukup dengan itu, sama seperti Rusia yang berhadapan dengan sekatan pengaksesan SWIFT, Belarus juga akan berhadapan dengan nasib serupa.
Pada masa yang sama, Belarus akan berdepan dengan tiga impak lain: 1/ keterhadan aliran masuk kewangan daripada EU, 2/ transaksi dengan bank pusat juga akan disekat, dan 3/ keterhadan perkhidmatan saham entiti Belarus di EU.
Sekatan terbaru ini menunjukkan aset kripto diperakui sebagai sebagai alat yang mampu melangkaui sekatan ekonomi dan kewangan tradisional.
Pun begitu, setakat ini masih belum ada bursa kripto yang bertindak menyekat pelabur Rusia kecuali Coinbase dan Binance.
Sementara itu, beberapa sekatan baharu telah dilaksanakan ke atas 160 individu, 14 oligarki Rusia, dan 146 ahli Majlis Persekutuan Rusia.