Naik Taraf Baharu! Ethereum Bakal Lebih Bersinar?

189

“Naik taraf ETH memang banyak tapi pelabur jangan pening pula ye.”

Selepas The Merge, pelaksanaan naik taraf Ethereum (ETH) Shanghai yang dijangkakan pada bulan Mac semakin menghampiri matlamat pembangun untuk membenarkan pengeluaran staking mata wang kripto tersebut daripada Beacon Chain.

Menurut Tim Beiko, pembangun utama ETH menyatakan bahawa naik taraf Sepolia Shapella akan dilancarkan pada 28 Februari, di mana naik taraf Shapella (Shanghai/Capella) akan diaktifkan pada tesnet* Sepolia.

*Blockchain yang dikuasakan oleh software sama atau lebih baharu untuk digunakan sebagai pengujian

Naik taraf tersebut akan membenarkan validator mengalihkan staking ETH daripada Beacon Chain ke execution layer** termasuk memperkenalkan beberapa fungsi baharu pada kedua-dua layer execution serta konsensus***.

**Blockchain yang menyediakan persekitaran aplikasi dan memproses transaksi

***Penguatkuasaan peraturan rangkaian yang menerangkan perkara harus dilakukan oleh nod dalam rangkaian untuk mencapai konsensus tentang transaksi termasuk penjanaan dan pengesahan blok

Sementara naik taraf Shapella akan melihat perubahan pada layer execution (Shanghai) dan konsensus (Capella) termasuk Engine API.

Walaupun pemegang ETH tidak perlu membuat sebarang naik taraf, pengendali nod staking ataupun staker harus menaik taraf nod untuk beralih ke Sepolia.

Sebelum ini pembangun utama ETH menemui bugs semasa rangkaian Shapella berada dalam proses pengujian susulan pelanggan terbesar aset digital itu didapati menghadapi kesukaran syncing dengan tesnet Zhejiang.

Manakala pelanggan lain turut melaporkan isu serupa tetapi pembangun yakin perkara tersebut sama sekali tidak akan memberi sebarang kesan terhadap naik taraf Sepolia yang akan dilancarkan pada 28 Februari.

Setakat penulisan ini, harga ETH menjunam sebanyak 3.48% pada paras $1,647 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $201 bilion.

Berminat nak tahu tentang dunia kripto yang mampu buatkan anda semua ingin menerokainya setiap hari? Jom sertai komuniti kami. – TEKAN SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat