“Naikkan” Atau “Berhenti Sebentar”? Pegangan Fed Kashkari Mula Goyah Disebebakan Beberapa Perkara Ini

216

Presiden Rizab Persekutuan Minneapolis Neel Kashkari berkata pada hari Isnin memaklumkan bahawa beliau masih sukar membuat keputusan sama ada beliau akan mengundi untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bank pusat bulan depan atau menghentikan seketika kenaikan kadar.

Kashkari juga berkata inflasi perkhidmatan kekal menjadi masalah akar dan mungkin mendorong inflasi kepada bacaan 6% sebelum dapat dikembalikan kepada sasaran 2% Fed.

The Fed menaikkan kadar faedah untuk mesyuarat ke-10 berturut-turut awal bulan ini, menaikkan kadar penanda aras semalaman kepada julat 5% hingga 5.25%.

Dalam penyata yang dikeluarkan menyatakan bahawa para penggubal dasar bersedia membuka pintu untuk menghentikan kenaikan selanjutnya sementara mereka menilai bagaimana inflasi bertindak balas dan untuk melihat sejauh mana tekanan sistem perbankan baru-baru ini terhadap ekonomi.

Kashkari, yang merupakan ahli FOMC pada tahun lalu muncul sebagai salah seorang penggubal dasar yang paling hawkish, berkata beliau masih melihat sedikit bukti bahawa kegawatan sistem perbankan telah memberi kesan yang nyata terhadap ketersediaan kredit.

Dalam masa yang sama, Kashkari mengulangi gesaannya agar pengawal selia mengenakan keperluan modal yang lebih ketat ke atas bank A.S. Jika SVB dan bank-bank lain yang runtuh baru-baru ini “mempunyai lebih banyak modal ekuiti, pendeposit mereka dapat diyakinkan kerana bank boleh menyerap kerugian”.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat