Nak Keluar Dari China, Jepun Terpaksa Bayar 57.4 Bilion Yen

1,679

Keputusan Jepun untuk berundur dari China menelan perbelanjaan sekurang-kurangnya 57.4 bilion yen untuk syarikat-syarikatnya dalam negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu, dalam usaha Jepun untuk melindungi rantaian bekalan dan mengurangkan kebergantungan pengeluaran di negara itu.

57 syarikat termasuk syarikat swasta sarung muka, Iris Ohyama Inc dan Sharp Corp dilaporkan akan menerima subsidi, 70 bilion yen daripada kerajaan untuk pusingan kali ini.

Jumlah tersebut merupakan peruntukan daripada 243.5 bilion yen yang dikhaskan untuk tujuan pemindahan itu.

Dikatakan mereka akan mula berpindah ke negara asal atau ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Myanmar dan Thailand.

Hubungan Amerika Syarikat (AS)-China semakin merosot dan perkara tersebut telah mendorong kepada perbincangan memutuskan hubungan ekonomi dan syarikat dari China oleh beberapa negara.

Tindakan Jepun serupa dengan tindakan yang diambil Taiwan, di mana mereka telah menarik semua pelaburan dari China pada 2019.

Untuk pengetahuan, sebelum ini China merupakan rakan dagang terbesar Jepun. Malah, syarikat Jepun turut memiliki pelaburan besar di negara itu.

Namun, kemunculan wabak koronavirus telah memburukkan hubungan mereka setelah bertahun-tahun Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berusaha untuk memulihkan ketegangan antara dua negara itu berikutan daripada rusuhan anti-Jepun pada 2012.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat