Nak Sediakan Trading Plan Yang Power? 4 Perkara Ini Perlu Ada!

20,423

Tidak kiralah sama ada anda seorang pelabur yang baru ataupun lama, pelan dagangan ataupun trading plan amatlah penting untuk anda terus kekal relevan berada dalam dunia trading.

Artikel ini akan berkongsikan beberapa komponen asas yang anda boleh terapkan dalam trading plan anda dan mungkin berbeza dengan orang lain.

Trading Goals

Tetapkan beberapa sasaran trading yang boleh membantu anda kekalkan motivasi dan bersemangat walaupun berdepan pelbagai halangan.

Contohnya, tetapkan untuk anda membaca buku trading setiap bulan. Jadikan sebagai sasaran untuk anda perlu capai di samping pengetahuan anda tentang trading terus meningkat dan meluas.

Strategi Trading

Strategi trading merupakan sistem atau peraturan yang anda cipta untuk mengenalpasti peluang posisi dagangan dengan keberangkalian tinggi untuk mencapai keuntungan.

Contohnya, anda perlu menetapkan sasaran keuntungan dan kerugian bagi setiap posisi, exit plan jika posisi dagangan anda tidak menepati analisis dan sebagainya.

Anda juga boleh membaca artikel tips rangka sistem trading yang telah dikongsikan INTRADAY sebelum ini untuk rujukan.

Peraturan Pengurusan Risiko

Komponen ini sangat penting dan sering ditekankan oleh ramai trader yang berpengalaman bagi mengelakkan akaun anda lebur dan anda kehilangan kesemua modal trading anda.

Contohnya, anda perlu tetapkan peratusan risiko bagi setiap posisi dagangan untuk meminimakan kerugian supaya akaun anda kekal sihat walaupun mengalami kerugian.

Rekod Trading

Ramai trader terlepas pandang tentang perkara ini. Setelah selesai menutup posisi dagangan anda, anda seharusnya merekodkan atau mencatatkan keputusannya untuk analisis atau ‘post-mortem’.

Dengan ini anda boleh menilai sebarang kelemahan pada trading anda untuk diperbaiki pada masa akan datang.

Anda mungkin boleh timbulkan persoalan adakah anda mengambil profit terlalu awal? Atau adakah anda membiarkan (hold) profit terlalu lama?

Jadi, ini adalah antara komponen-komponen asas yang boleh anda pertimbangkan dalam trading plan anda selepas ini. Jangan lupa untuk terus mengikuti tips-tips trading yang dikongsikan oleh Team INTRADAY dari masa ke masa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat