Nak Tahu Hala Tuju Seterusnya Untuk SOL & LINK? Baca Sini!

555

“Wow terbaiklah, adakah analisis anda semua sama dengan Poppe?”

Michael van de Poppe, seorang penganalisis dan pedagang mata wang kripto yang diikuti secara meluas telah meramalkan pergerakan seterusnya yang bakal berlaku pada altcoin seperti Solana (SOL) dan Chainlink (LINK).

Menurut Poppe kepada 669,500 pengikutnya di platform media sosial X, SOL pada masa ini sedang berada dalam momentum menaik agak kuat yang mampu mendorong harganya meneruskan pendakian sehingga $40.

Meskipun begitu, SOL perlu melepasi $36 hingga $39 terlebih dahulu untuk mencapai paras tersebut, tetapi perlu diingatkan harganya boleh tergelincir kepada $26 atau $28 jika pasaran kripto menyaksikan pergerakan pembetulan (correction).

Pada masa ini, harga SOL mencatatkan lonjakan sebanyak 3.62% pada paras $32.75 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai lebih $13 bilion seterusnya raih 7.07% sepanjang minggu lepas.

Setelah berjaya melihat kenaikan ketara sejurus selepas berbulan-bulan bergerak mendatar, Poppe turut menjangkakan LINK berpotensi untuk menunjukkan kekuatan di mana harganya boleh menembusi $12.50 sehingga $13.

Namun perlu diketahui bahawa LINK yang kini didagangkan pada $11.18 mampu melakukan pembetulan harga pada $9.60 mahupun $10, oleh itu para pelabur dijangka bakal bersedia untuk membeli pada paras tersebut sebelum aset digital itu meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Penganalisis kripto tersebut juga meramalkan Arbitrum (ARB) akan melakukan pullback dahulu sekitar $0.85 sehingga $0.88 sebelum harganya naik ke $1.11, dan zon rintangan kuat perlu ditembusinya adalah pada $9.68.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat