US dolar masih didagangkan tak menentu pada Selasa semalam ketika pasaran masih dalam keadaan berhati-hati menunggu data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada hari ini (Rabu).
Di sesi New York, tumpuan akan terarah kepada bacaan data indeks harga pengguna (CPI) AS yang dijangka akan meningkat ke paras 3.6%.
Kadar inflasi yang kembali menjauh semula dari sasaran 2% bank pusat berkemungkinan akan mendesak Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan pengetatan dasar monetari.
Jika situasi itu berlaku, US dolar akan memiliki kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran, sekurang-kurangnya menuju hingga ke mesyuarat FOMC minggu hadapan.
Ketika ini, mata wang Euro masih mencuri peluang untuk sedikit mengukuh selepas data tinjauan ekonomi Jerman diterbitkan semalam adalah lebih baik berbanding angka sebelum ini.
Namun, pelabur akan berhati-hati bagi mata wang Euro sementara menanti keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-debaran-cpi-as-usd-gelisah-139#t=0:00
Carta pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan harga masih berlegar di atas zon support 1.07000 sejak penghujung minggu lalu hingga dagangan semalam.
Seperti dijangkakan pengukuhan US dolar tidak berlaku di sesi New York semalam dengan ketiadaan data ekonomi utama menyaksikan harga pada mulanya turun hampir menyentuh 1.07000 kembali meningkat semula ke paras 1.07600.
Kenaikan harga jika diteruskan akan menuju ke paras rintangan sebelum ini pada 1.08000 sebelum memaparkan pergerakan bullish.
Namun jika harga membuat penurunan semula, paras sokongan 1.07000 bakal diuji dan berkemungkinan ditembusi sekiranya US dolar mengukuh.
Penurunan lanjut akan diteruskan menuju sasaran terbaru pada 1.06000 dengan isyarat harga yang menyambung trend bearish sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG