Nampak Potensi, Edward Snowden Beli Bitcoin Pada $16,500!

497

Pemberi maklumat terkenal serta bekas perunding perisikan komputer Amerika dan naturalisasi Rusia, Edward Snowden dilaporkan bakal membeli sejumlah mata wang kripto (BTC) pada harga terendah setelah sekian lama tidak mengautnya.

Ulas Snowden di Twitter miliknya, kali terakhir beliau membeli aset digital tersebut adalah pada Mac 2020 dimana ia didagangkan pada zon $6,900.

Selepas itu, harga BTC telah mendaki kepada paras tertinggi sepanjang masa pada $68,983 sebelum mengalami kejatuhan semula sehingga pada $16,607.

Sambungan daripada itu, kini beliau berkeinginan semula untuk membeli BTC ekoran beberapa masalah yang dihadapi di pasaran kripto telah mengakibatkan harga aset digital tersebut menyusut secara mendadak.

Tindakan pantas yang dibuat beliau adalah disebabkan krisis exchanger kripto FTX dan Alameda Research yang mengakibatkan keseluruhan pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik dalam sekelip mata.

Malah, Snowden turut meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila FTX enggan malakukan sebarang usaha untuk memulihkan masalah tersebut, tetapi hanya berdiam diri dan meneruskan pengisyitiharan muflis.

Ditegaskan Snowden, segala kenyataan atau tindakan beliau bukanlah berbentuk nasihat kewangan susulan Snowden tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau pendidikan berkaitan kewangan.

Dalam pada itu, beliau turut memepersoalkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang kurang melakukan tindakan terhadap pengasas FTX Sam Bankman-Fried, penderma politik utama yang menyumbang lebih $36 bilion kepada Demokrat semasa pilihan raya baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat