Nanti Dulu! Pasaran Kripto Perlukan Undang-Undang Baharu! – Federal Reserve

294

Dalam program Bank of International Settlements Innovation Summit baru-baru ini, pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell mahukan undang-undang baharu diperkenalkan untuk seluruh pasaran kripto.

Tidak dinafikan pasaran kripto dan teknologi yang terkait dengannya mampu membawa kesan yang positif. Bagaimanapun, ia masih memerlukan perundangan yang sewajarnya.

Misalnya, kewangan desentralisasi dan teknologi diedarkan berpotensi untuk meningkat keefisienan sistem pembayaran, sekaligus mewujudkan persaingan dalam industri ini.

Namun di sebalik manfaat tersebut yang hadir bersama produk terbaharu, masih ada risiko yang perlu dikawal:

“Kita tidak tahu bagaimana sesetengah produk digital akan berubah dalam tekanan pasaran yang mana boleh menyebabkan ketidaktentuan yang besar. Kita juga tidak tahu sejauh mana tekanan dalam pasaran kripto menular dalam pasaran tradisional.”

Undang-undang baharu ini mungkin turut melibatkan stablecoins.

Mata wang digital bank pusat (CBDC) dolar digital?

Walaupun Amerika Syarikat (AS) menunjukkan minat untuk lancarkan CBDC, The Fed sebenarnya masih belum membuat keputusan jelas walaupun perintah eksekutif daripada Joe Biden ada menekankan perihal aset digital.

Sebelum ini Powell ada menekankan kerjasama antarabangsa perlu diketengahkan untuk isu melibatkan kripto dan CBDC.

Buat masa sekarang, stablecoins masih lagi dilihat sebagai satu ancaman untuk mata wang negara dan kebanyakan kerajaan seluruh dunia mahu melaksanakan penyeliaan sewajarnya.

Menurut Powell, sekurang-kurangnya, empat faktor ini perlu menjadi fokus dalam keputusan melancarkan dolar digital: privasi pengguna, pengesahan identiti, perantaraan, dan pengaksesan.

Nampaknya, masih jauh untuk mencapai konsep yang mahu ditekankan dan ini bermakna penyeliaan perlu menjadi keutamaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat