Nanti Sekejap! Elon Musk Positif COVID-19 Ke Tak Ni?

297

Semalam CEO Tesla Inc, Elon Musk mendakwa dirinya telah menjalani empat ujian saringan koronavirus pada hari yang sama dan keputusannya didapati dua positif dan dua negatif.

Jadinya..positif COVID ke tidak ni, Musk?

Menurut Musk dalam satu ciapan Twitter, ujian saringan itu dijalankan menggunakan mesin yang sama dan disaring oleh jururawat yang sama menggunakan kit ujian pantas keluaran Becton Dickinson and Co.

Tidak cukup dengan itu, figura tersebut akui turut menjalani beberapa ujian polymerase chain reaction (tindakbalas rantaian polimerase, PCR) dari makmal yang berbeza. Keputusan ujian itu mengambil tempoh 24 jam.

Apabila disoal mengenai simptom yang dialami, Musk menjawab sekadar demam biasa dan tiada tanda yang abnormal.

Pada September, Becton Dickinson menjelaskan pihak mereka telah menjalankan satu siasatan ke atas laporan dari rumah penjagaan kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkenaan kit ujian pantas yang menghasilkan keputusan positif palsu.

Bagaimanapun apabila diminta untuk mengulas berkenaan isu tersebut, Becton Dickinson mendiamkan diri.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat