Nasib Komoditi Hitam Masih Menimbulkan Tanda Tanya

35

Harga minyak mentah susut di Asia pada Isnin berikutan kebanyakan pelabur mengambil keuntungan terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini. Pelabur juga mengambil tindakan berhati-hati mengenai prospek pembekuan bekalan yang akan diadakan pada bulan depan.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah bagi penghantaran September jatuh kepada $48.80 setong.

Pada Selasa, Institut Petroleum Amerika akan mengeluarkan laporan mingguan bekalan minyak AS.

Minggu lepas, harga minyak mentah naik mendadak berikutan spekulasi mengenai pembekuan pengeluaran minyak oleh pengeluar utama yang diketuai oleh Arab Saudi dan Rusia. Pertemuan ini bakal merangsang semula pasaran minyak mentah agar kembali stabil.

Sementara itu di ICE Futures Exchange di London, brent mentah mencecah nilai tertinggi harian iaitu $51.22 setong sejak 22 Jun.

Crude futures kini telah melonjak hampir $10 setong sejak berita pembekuan pengeluaran ini tersebar luas.

Disamping itu, pasaran mula pulih lebih kurang dua minggu lalu apabila menteri Arab Saudi berkata bahawa negara pengeluar akan bekerjasama bagi menstabilkan harga dalam mesyuarat OPEC yang akan diadakan di Algeria bulan depan.

Sentimen mengenai pertemuan itu semakin kuat apabila Rusia menyatakan kesediaannya untuk menyertai perbincangan tersebut.

Pun begitu, penganalisis masih ragu-ragu bahawa mesyuarat terbabit bakal mengakibatkan apa-apa tindakan yang konkrit.

Hal ini kerana, cubaan bagi pembekuan bekalan pada mesyuarat sebelum ini gagal selepas Arab Saudi menarik diri.

Walaupun kenaikan baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan bekalan, harga minyak mentah masih kekal dibawah tekanan bagi tempoh terdekat.

Menurut pembekal di Baker Hughes, bilangan pelantar minyak mentah AS meningkat pada minggu lepas kepada 10 hingga 406 pelantar.

 

Yellen bakal singgah ke diari event anda minggu ini. Sudah bersedia? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat