Nasib USD Seterusnya Bakal Ditentukan Oleh Data Ini, Waspada Semua Pelabur!

617

Pasaran bergerak tenang dalam sesi dagangan menuju penghujung minggu yang panjang, dengan tumpuan kini disasarkan kepada terbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) Amerika Syarikat.

PCE, adalah ukuran utama inflasi buat Federal Reserve (Fed) di mana harga dikira mengikut jumlah perbelanjaan setiap item yang memberikan pandangan penting tentang gelagat perbelanjaan pengguna.

Meneliti pergerakan pasaran pada sesi Eropah, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama didagangkan pada 104.38.

US dolar masih mempertahankan keuntungan yang diraih susulan terbitan keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS yang berkembang sebanyak 3.2% pada suku ketiga.

Dengan pengukuhan tersebut, ia menguatkan lagi jangkaan untuk bank pusat mengekalkan pengetatan dalam dasar monetarinya lebih lama.

Sementara itu, euro didagangkan stabil susulan penyusutan yang dicatatkan sesi terdahulu, manakala pound kekal diniagakan suram pada sekitar paras terendah tiga minggu pada sesi Eropah.

Dagangan yen diperdagangkan hampir tidak berubah walaupun data inflasi teras Jepun menunjukkan peningkatan ke paras tertinggi baharu 40 tahun pada bulan November.

Selain itu, dolar Aussie dan New Zealand sedikit berubah pada sekitar paras terendah lima minggu dan tiga minggu berbanding greenback.

Dolar loonie pula menokok menjelang penyiaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada untuk bulan Oktober pada sesi New York.

Walaupun pasaran bergerak tenang, namun pelabur diingatkan untuk berhati-hati untuk sebarang aktiviti profit taking menjelang akhir dagangan untuk minggu ini dan cuti Krismas.

Akhir kata, selamat berhujung minggu dan bercuti untuk semua pembaca INTRADAY!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat