Negara Asia Tenggara Jadi ‘Lubuk’ Tumpuan Syarikat Teknologi Dunia!

601

Asia Tenggara yang merupakan sebuah benua kecil muncul sebagai pilihan utama bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Ia berikutan aktiviti sekatan besar-besaran akibat konflik perang dagang antara AS-China yang semakin memuncak.

Asia Tenggara yang berada pada kedudukan strategik telah mendapat manfaat ketara daripada fenomena China Plus One kerana negara gergasi Asia itu mempelbagaikan rantaian bekalan dan operasi produk mereka.

Strategi ‘China Plus One’ bertujuan untuk mengurangkan risiko berkaitan sekatan sepenuhnya oleh pasaran serta menyokong perkembangan operasi pembuatan untuk syarikat-syarikat yang kekal dengan barangan China.

Situasi ini memberi dorongan pelaburan yang besar buat negara-negara di rantau Asean. Pelaburan langsung asing ke dalam ekonomi di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam meningkat kepada $236 billion pada 2023 berbanding purata tahunan antara 2020 hingga 2022 sekitar $190 billion.

Aliran masuk kebanyakannya datang dari Amerika Syarikat, Jepun, Eropah, China dan Hong Kong.

Vietnam kini menjadi lokasi pembuatan utama Apple kerana syarikat teknologi AS itu sedang berusaha untuk mempelbagaikan pemasangan produknya selain China. Pergolakan pekerja iPhone di China sebelum ini telah mengganggu operasi pengeluaran.

Kini, Vietnam secara negara aktif menjadi pengeluar Macbook, iPad dan Apple Watch.

Malaysia pula menjadi pembekal utama semikonduktor untuk syarikat-syarikat digital seperti Intel, GlobalFoundries dan Infineon. Industri itu semakin berkembang sejak beberapa tahun ini di tengah-tengah ketegangan AS-China.

Selain itu, Indonesia yang kaya dengan hasil sumber asli seperti tembaga, nikel, kobalt dan bauksit menjadi bahan penting dalam pembuatan bateri kenderaan elektrik.

Tidak dilupakan, Singapura yang menjadi destinasi unggul sejak bertahun-tahun lamanya sebagai tapak penting buat syarikat-syarikat gergasi seperti Bytedance dan Shein. Status hab yang dipercayai dalam infrastruktur kewangan dan kawal selia kekal menjadi penarik pelabur ke Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat